Assalamualaikum
Baru-baru ni pergi shopping monthly groceries kat TMG Kuantan. Terjumpa Drypers yang super duper comel. Limited Edition Robocar Poli. Korang tahu tak Robocar Poli ni. hehe geng emak-emak sure tahu. bukan setakat kenal each character je, jalan cerita semua episode pon dah hafal haha.
Beli 2 pack Drypers Wee Wee Dry (large pack) dapat free gift bantal comel Robocar Poli, 2 pack Drypers Drypants dapat percuma baju Robocar Poli. Kusha amik Drypers Wee Wee Dry. Sempat la grab free gift bantal Poli. Time tu 1 je tinggal untuk character Poli. Selebihnya, banyak character Amber.
Bagi bagi emak-emak yang dah grab Drypers Limited Edition ni, pesanan i.. hati hati la korang nanti bila dah ada kat kampung. jangan bagi anak terkedek kedek pakai pampers comel macam tu depan budak-budak lain. bimbang pampers yang kat bontol anak pon kena sambar hehe
Ada kawan kusha tanya, oke ke drypers ni? last time ada dengar kontroversi, makin nipis katanya.
So far, drypers wee wee dry recommended sangat. Memang nipis sikit sebab diorang kurangkan cotton and tambah ultra layer. Tak pernah lagi bocor. Design dia pon comel tapi kusha prefer design dulu lagi. corak cartoon size L dulu laaaagi cantik. ada dinosaur. i like dinosaur! now dah tak de dah dino. so sad.
kusha ni memang suka yang amat 'try and error' brand pampers tau. boleh dikatakan semua pampers kusha dah try. seingat kusha brand pampers yang paling tak berkenan, Whoopee, Drypex, Huggies Dry Diapers, Pet Pet and Mamypoko Standard. Mudah bocor and lunyai untuk baby boy yang kuat shishi and night use. Kalau nak beli pampers harga budget tapi kualiti Mawar Rashid, kusha pilih Drypers Classic and Fitti. suke hati je kan petik nama artis. bhahaha. Drypers Classic and Fitti ni tak bocor. tahan max 5 hours. Kalau rasa nak feeling mamypoko fan sangat hashtag #branddoesmatter, amik Mamypoko Disney or Merries. Memang tahan lama. up to 10 hours and pampers dia super duper cute. i lioke sangat. kusha ni type mummy #designdoesmatter #cuteisamust hehe. Drypers Touch pon suka jugak. Lembut yang amat. Tak bocor. Cuma design dia bagi kusha girlish sikit. kusha kan boys mom. Hero boy mesti kena nampak hero!
ini personal review kusha je. Pendek kata, korang kena jugak try and error. tak semua pampers sesuai dengan anak korang walaupun i cakap terbaik gila yang amat. lain baby, lain hasilnya. ada yang senang rashes, ada yang baby peha kecik. baby yang peha kecik or small size, tak berapa sesuai pakai mamypoko. jangan tak tahu faktor jantina baby pon mempengaruhi jugak nak pilih pampers terbaik ni tau. so try jangan tak try. tak try tak tahu, betul tak?
ok. nak cerita pasal TMG pulak, so far kusha tahu barang groceries yang paling murah dan selesa di east coast semenanjung Malaysia ni di TMG la. Nak cari pampers ke susu anak ke, mostly harga kat sini lagi murah. Kalau kat KL, 99 Speedmart tak silap. Kat KL, senang. ada Application kat handphone untuk tengok pembandingan harga barang kat hypermarket sana. East Coast ni belom ada apa application or website lagi tentang pembandingan harga barang runcit ni.
Next time, kusha akan try update pembandingan harga pampers or susu kat super/hypermarket area east coast ni. -> TMG, Eng Hong, Manjaku, Aeon Big, Parksons, Mydin, Pantai Selamat. Kalau ada yang tahu tempat yang boleh dapat best price macam TMG, bagitahu kusha kat komen k. kusha akan update nanti. Kita sama-sama jadi pembeli yang bijak okeh!
love,
kusha xo!

No comments:
Post a Comment