seriously kalau cakap pasal eczema..kusha pahaaaaam sangat perasaan mak-mak yang kena uji dugaaan macamni. dah la first time mummy. redha sangat time tu. think positive. maybe salah satu cara Allah nak hapus dosa dosa. besar k ganjaran jaga anak sakit ni. huhu
emosi, fizikal, mental agak terujiii jugak. nak keluar pergi mana-mana pon segan. ada je mata-mata terbeliak tengok rashes berair, bernanah, merah kat pipi baby. bab duit habis try and error produk pon satu hal. produk skincare la, susu formula la, jumpa specialist la. memalam plak tak cukup tido. baby nangis tak selesa. sekarang bila teringat waktu jaga adam ross eczema pon boleh sebak tau. dah la tak de rezeki nak breastfeed. kena kecam lagi. sedih gila.
tapi sebab diuji macam ni, banyak ilmu parenting kusha gali. jumpa specialists. try and error products. macam-macam buat sampai la adam ross betul-betul sembuh. jangan tak tahu, eczema ni kalau tak sembuhkan sebelum umur 1 tahun, potensi tinggi eczema ada sampai bila-bila tau. sobs sobs sobs and tak leh bayangkan kalau kena kat baby girl. lagi kesian. besar esok-esok, habis kulit celah pelipat dia jadi kasar.. hitam.. pakai jam pon boleh berkudis. mama mama yang nak tahu tips macamana nak jaga baby eczema bolehla baca tips kat bawah ni. panjang tau. kusha compile segala bahan bacaan kusha pasal eczema and tips dari doctor pakar. insyaAllah berkesan.
1. mandikan guna air suhu bilik. jangan mandikan baby guna air suam. kulit baby boleh jadi lagi kering.
2. pilih sabun untuk hypersensitive skin. contohnya sebamed, eczerra, buds. bila dah siap sabun, bilas dengan air yang dah dicampur beberapa titik olive oil / virgin coconut oil / any vitamin e oil.
3. mesti pakaikan baby lotion yang khas untuk hypersensitive skin. apa-apa brand tak kisah, asalkan serasi.
4. elak sapu cream, gel atau lotion yang ada steroid. kalau terlebih sapu, boleh buat kulit baby jadi lagi nipis dan makin susah sembuh. macamana nak tahu produk yang ada steroid, boleh tengok kat ingredient kat label produk and cari perkataan yang hujungnya '...one'. contohnya, betamesthasone'.
5. try and error makanan. tak semua makanan boleh buat baby jadi allergy. bergantung pada baby masing-masing. untuk baby, try satu jenis makanan dalam satu hari. kulit diorang sangat cepat react kalau termakan makanan yang tak serasi dengan diorang. within 4 hours dah boleh nampak. kalau tak sesuai, rashes tu maybe jadi lagi merah. bernanah. berair. makin besar. mulut bengkak. mata pon merah. untuk bfeeding mama pon kena buat experiment macam ni jugak. so bila dah tahu makanan mana yang boleh jadi eczema makin teruk, bfeeding mama kena la berpantang sama demi anak.
5. senarai makanan yang boleh menyebabkan eczema makin teruk.
- gluten ; ada dalam barley, oat and gandum
- yeast ; ada dalam pastry, roti dan cake
- bijirin ; gandum, beras, jagung, cereal/grain, pulut and etc
- apa apa jenis kacang
- produk kacang soya
- buah buahan sitrus / tropika ; oren, epal, pear, watermelon, limau nipis, pisang, segala jenis berry, strawberry. Minuman jus daripada buah buah ni pon tak boleh tau.
- produk tenusu ; susu lembu, telur, cheese, chocolate and etc
- seafood / makanan berkerang and sometimes ikan yang berbisa yang kita tak leh makan time berpantang pon boleh buat rashes diorang lagi teruk. toxin kot.
- sayur-sayuran ; tomato
- caffeine ; coffee, nescafe, teh, milo and susu pekat pon ye tau huhu.
- air berkarbonat
- makanan yang ada coloring or pengawet like fastfood.
6. untuk baby yang dah start makan, lebihkan makanan yang tinggi omega 3 and vitamin e macam salmon. kalau bagi bubur, boleh titis setengah sudu kecik vitamin e or virgin coconut oil. breastfeed mama anak eczema pon sangat digalakkan makan supplement ni tau.
7. senarai makanan yang bagus untuk baby eczema / mama yang menyusukan anak eczema.
- brown rice
- sayur hijau ; bayam ; sawi ; kailan
- salmon
- apa apa makanan yang tinggi dengan vitamin E dan omega ; avocado, olive oil
8. pastikan bilik sentiasa bersih and sentiasa tukar cadar or towel diorang setiap 3-4 hari. habuk or hama pon boleh buat diorang sensitive. jauhkan soft toys. kelemumur pon tak leh. huhu
9. sabun basuh baju baby. jangan main bedal je pakai sabun yang mana ada. beli sabun basuh baju baby yang special untuk kulit sensitive.
10. kuku baby kena sentiasa pendek. mostly rashes baby jadik makn teruk bila waktu malam. baby duk menggaru sampai luka rashes. kalau boleh, pakaikan diorang mitten. kalau dah pandai bukak mitten, try bedung tangan n dada baby time tengah nyenyak tido.
11. susu. kalau still breastfeeding, Alhamdulillah. please don't stop. continue je. bagi mama yang tak de rezeki nak bfeeding macam kusha, beli susu formula yang soy based atau susu hydrolysed. harga memang meninggal. stock sebulan susu macam bayar downpayment myvi limited edishoon huhu.
contoh brand susu hydrolysed;
- enfalac A+ HA
- nan HA
- mamil gold pepti
12. ikhtiar dengan air penawar. pergi je amik kat as syifa'. jangan plak pergi amik air penawar dengan dukun or bomoh mana-mana. syirikkk k. Pasal apa kusha suggest air penawar ni, pernah tak dengar pasal penyakit ain? kalau nak tahu cepat-cepat, korang kena google dulu, next post kusha cite pasal
symptom penyakit ain pulak tau. huhu. Lepas kitaorang amik air penawar tu, bolehla nampak perubahan. dulunya lotion eczerra macam tak jalan, tetiba jadi berkesan. lepas tu hilang cenggitu je eczema.
itu sahaja. yang penting kena disiplin bab penjagaan makan minum baby.
semoga bermanfaat.
love,
kusha xo!






